Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 6, 2014

BAYI TAK PERLU AIR KOSONG

Assalamualaikum semua.. 

Mesti ada mak-mak atau mak mertua cakap bila bayi yang baru lahir menangis tak berhenti “Anak kau tu haus agaknya. Bagi minum air kosong sikit,”. 

Mommy pasti mesti kita semua pernah laluinya kan.. Bayi yang baru lahir hanya perlukan susu ibu sebagai sumber makanan utama, tak perlu diberi air kosong.  Sememangnya, bayi berusia enam bulan ke bawah tidak memerlukan sebarang air tambahan selain susu ibu kerana ia sangat berbahaya sebenarnya.

Ada ibu yang ingat air kosong mesti diberi kepada bayi untuk membilas lidah yang diselaputi kesan putih selepas menyusu. Ada jugak yang percaya air kosong boleh merawat jaundis.
Perbuatan tersebut sebenarnya mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko kesihatan malahan boleh mengancam nyawa. Anda perlu tahu bahawa susu ibu sendiri mengandungi 88 peratus air! Jadi, bayi tidak perlu air tambahan.
Tahukah anda saiz buah pinggang bayi yang masih belum cukup matang akan membuatkan tubuhnya mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan. Akibat kehilangan garam, ia boleh mempengaruhi aktiviti otak bayi.
Antara masalah yang boleh timbul akibat perbuatan memberi bayi yang berusia enam bulan minum air kosong adalah seperti berikut:
  1. Mengancam nyawa
Air kosong yang diberi kemungkinan ada kuman. Air yang dicemari kuman diperoleh daripada sumber yang tidak bersih. Jadi bayi terdedah kepada masalah cirit-birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.

  1. Menghakis pelindung penyakit
Air kosong akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan minum air kosong berlebihan.

  1. Sawan tarik
Bayi di bawah usia lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.

  1. Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang diperlukan. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi.

  1. Menjejaskan akal
Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis. Pemberian air kosong hanya akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.
Bayi boleh mula diberikan air kosong selepas berusia enam bulan keatas tetapi dalam kadar yang perlu sahaja. Pemberian air kosong berlebihan hanya membuatkan si manja kembung perut dan tidak selera untuk makan.

Credit: pama
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment