Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 28, 2014

PETUA AMALAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua.. 

Orang tua-tua selalunya banyak petua tradisional kan.. Kalau kita amalkan, insyallah akan memberikan kesan yang awesome tau.. Harini mommy nak kongsikan beberapa petua tradisional nenek moyang kita dan marilah sama-sama kita amalkan. Ianya untuk kebaikan kita juga.

*Badan lebih segar

Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, rebuskan bersama halba, bunga cengkih dan garam. Mandi gunakan air rebusan tersebut setiap hari sehingga habis pantang. Amalkan semasa dalam pantang, insyallah badan akan menjadi lebih segar.
*Menaikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
*Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
*Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
*Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu. Set milk booster Shaklee juga boleh membantu untuk menambah susu badan.

*Sembuhkan luka bersalin

Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli. Jika anda ingin mencuba set bersalin Shaklee juga boleh menyembuhkan luka bersalin dan menambahkan tenaga semasa dalam pantang.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. memang mencari2 petua naikkan seri wajah secara tradisional ni. tq for sharing ye

    ReplyDelete