Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label vita e. Show all posts
Showing posts with label vita e. Show all posts

Friday, September 12, 2014

VITA E COMPLEX

Assalamualaikum semua.. 

Hari ni mommy nak kongsi tentang Vita E Complex pulak. Vitamin untuk cantik, vitamin cinta dan banyak lagi lah.. Mari kita sama-sama ketahui lebih lanjut tentang vitamin hebat ini. Mommy berkongsi informasi dari buku nutrisi Shaklee.


PERBEZAAN SHAKLEE:

Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. 

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

MANFAAT UTAMA:
  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800 IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti oksidan yang kuat - Pengambilan lebih dari 1.200 IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Memperbaiki arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran
  • Memperbaiki parut - memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Nota: Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas.

Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup?

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500gm badam.

Adakah Vitamin E selamat?

Di dalam buku Prescription For Longevity yang ditulis oleh Dr James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh Univercity Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% and strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.

Cadangan:

Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan)

Untuk anti penuaan dan system reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali

Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E terlengkap di pasaran

Tambahan Selenium dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motilitas sperma.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, June 15, 2014

IDEA KEKALKAN KEHARMONIAN PERKAHWINAN


Sudah berapakah usia perkahwinan anda? Adakah hubungan anda suami isteri kekal romantik seperti zaman bercinta atau semakin hambar dengan urusan masing-masing? Biarpun sibuk menguruskan kerjaya, rumah tangga dan anak-anak tetapi jangan sesekali abaikan kemesraan anda suami isteri.
Terus bersemangat membarakan hubungan anda berdua agar kekal harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi semuanya memerlukan usaha dan doa, bukan sekadar mengharapkan kebahagiaan tanpa melakukan sesuatu. Beberapa idea berikut mungkin boleh membantu anda.
  1. Bagi pasangan Muslim, solat berjemaah bersama adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Berdoa bersama meminta kepada Allah agar memelihara hubungan anda dan pasangan serta mengurniakan kebahagiaan dalam perkahwinan.

  1. Sesekali berbual tentang kenangan zaman percintaan anda berdua. Tentu banyak kisah manis yang boleh diimbas kembali selain kisah lucu yang pasti membuatkan anda berdua tertawa mengenangkannya.

  1. Sentiasa mengambil tahu aktiviti seharian pasangan. Keprihatinan yang ditunjukkan membuatkan anda berdua saling menyayangi antara satu sama lain.

  1. Jangan lupa mengucapkan kata-kata ‘saya sayang awak’ atau ‘saya cintakan awak’ setiap hari. Dengan cara ini pasti hubungan cinta kalian berdua tetap utuh dan manis selamanya.

  1. Pelukan dan ciuman juga mampu mengeratkan hubungan intim suami isteri. Jika sudah lama tidak memberikan pelukan kepada suami atau isteri, segera lakukan!

  1. Sentiasa mengucapkan kata-kata maaf setiap kali melakukan kesalahan dengan pasangan kerana ia adalah kunci kebahagiaan.

Mommy juga syorkan pengambilan vitamin cinta VITAMIN E Shaklee bagi mengekalkan keharmonian perkahwinan suami dan isteri.

Peranan vitamin E untuk suami

~lebih tenaga seksual
~ereksi yang lebih lama
~lebih mudah terangsang
~libido yang lebih kuat
~orgasma yang lebih kerap dan bersemangat.

Peranan vitamin E untuk isteri

~lebih tenaga(seksual
~lebih mudah terangsang
~libido lebih kuat
~untuk menstabilkan hormon seks/kewanitaan terutamanya bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin yang tinggi.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, June 8, 2014

HIMPUNAN TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE

Himpunan testimoni Vitamin E Shaklee sharing dari Team Amazing Shaklee! Terima kasih semua!







Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BERBASIKAL JEJASKAN KESUBURAN?

Menunggang basikal secara menenggek atau duduk di atas punggung dan bukan di atas bahagian antara punggung atau ‘perineum’ dibolehkan dan tidak mengganggu kawasan tersebut. Jika basikal ditunggang pada bahagian ‘perineum’-kelengkang melebihi 10 atau 15 minit, berat badan anda boleh menekan urat saraf serta saluran darah dan boleh mengganggu fungsi zakar seperti zakar rasa kebas atau hilang fungsi untuk sementara waktu.
Jika hal ini berlaku secara kronik, ia boleh menjejaskan fungsi bahagian tersebut dengan ketara. Memang ada banyak kes mati pucuk dan masalah disfungsi erektil dalam kalangan penunggang basikal. Menunggang basikal ada tekniknya. Jika mengayuh, anda tidak boleh menekan bahagian kelengkang.
Jika anda memakai seluar ketat untuk menunggang basikal, kedua-dua buah alat kelamin anda akan berdekatan badan dan secara langsung haba dari badan boleh menghala kepada buah alat kelamin dan membuatkan suhu dalam buah zakar meningkat secara mendadak.
Sekiranya berlaku secara kronik ia boleh menjejaskan pembiakan sperma dalam kilangnya. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak bermakna semua lelaki akan mengalami perubahan ini. Semuanya tertakluk kepada tahap kesihatan dan kesuburan lelaki tersebut.
Jadi jika hobi anda berbasikal, jangan risau kerana Vitamin E Shaklee boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki.

Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan.  Satu kajian telah dilakukan pada tahun 1922 menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet TANPA Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak dapat membiak. Namun, sebaik sahaja mereka telah diberikan minyak gandum (kaya dengan vitamin E) sebagai sebahagian daripada diet mereka, masalah kesuburan tikus tersebut dapat dipulihkan.
Hari ini, kajian menunjukkan vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma.

Mungkin anda berbisik dengan kawan sebelah. Itu tikus! Kita kan manusia. Baca ini.
Satu kajian telah dijalankan di sebuah ‘Infertlity Centre’ di Iran oleh Mohammad K Moslemi dan juga kajian oleh Samaneh Tavanbakhsh dari Jabatan Urologi, Fakulti Perubatan di Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran yang pada tahun 2011 melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg). Hasil kajian ini menunjukkan keputusan yang memberansangkan apabila kadar radikal bebas dalam badan memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma. Manakala, kekurangan Selenium dan Vitamin E juga memberi impak kepada fungsi kelelakian. Kajian ini jelas membuktikan betapa kritikalnya keperluan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.
Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.
Credit: Pama & celikvitamin

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, June 1, 2014

KHASIAT VITAMIN E PENGGANTI VIAGRA ?

Perkongsian dari mommy master terhebat Wan Fatihanum. 

Dengar nama viagra macam gerun je bunyinya kan? Apa fungsinya sampai ramai lelaki yang berminat? Kemungkinan adakah mereka yang hadapi masalah kesihatan namun ada juga yang sengaja ingin menambah lagi power, katanyalah. Benar ke? Entahlah, mereka yang mencubanya sahaja mungkin mengetahui.

Kenapa pula vitamin e dikaitkan dengan viagra? Itulah sebab istimewanya vitamin e ni tau. Ramai orang tidak menyangka dan tidak terfikir, hanya dengan vitamin pun boleh meningkatkan kelakian anda. Sebab itulah vitamin e ini ada dalam Set Men's Health Shaklee. Penting sangatkah vitamin e ini sampai ianya adalah vitamin wajib dalam set untuk lelaki?Mari kita tengok apakah kebaikan vitamin e kepada lelaki?

KEBAIKAN VITAMIN E PADA LELAKI

  • meningkatkan kualiti sperma
  • meningkatkan "sperm count"
  • digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan.
  • membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • membantu meningkatkan libido (keinginan seks)

Apa kata cuba yang semulajadi? Ingin mencuba viagra tapi takutkan kesan buruk jangka panjang, maka bolehlah beralih kepada pilihan yang lebih semulajadi tanpa dadah. Pilihan di tangan anda. Ada yang tidak sabar mahu mencuba:)

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, May 28, 2014

SPERMA LELAKI

Jika satu sperma sahaja yang perlu untuk menghasilkan satu bayi, kenapa seorang lelaki memerlukan jutaan sperma untuk satu kehamilan ? Berapa lama ia hidup dan bagaimana untuk menghasilkan sperma yang sihat adalah diantara soalan yang kerap ditanya. Alamhamil akan cuba mengurai persoalan penting ini.

Berapa lama sperma boleh hidup?

Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa fakta. Yang paling penting ialah dimana sperma tersebut berada. Sekiranya ia terlekat pada pakaian atau kain, sperma selalunya akan mati sebaik sahaja air mani menjadi kering. Sekiranya sperma berada didalam air atau tub mandian, ia mungkin akan hidup lebih lama terutama kalau air agak suam.
Walaubagaimanapuan untuk kehamilan disebabkan sperma masuk kedalam faraj wanita semasa berendam dalam tub yang mengandungi sperma hampir tidak mungkin berlaku..
Dalam badan wanita selepas ejakulasi didalam faraj, sperma boleh hidup sehingga 5 hari. Sekiranya  anda bersama beberapa hari sebelum ovulasi terjadi, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi.

Berapa bilangan sperma yang diperlukan untuk terjadi kehamilan?

Walaupun kita memerlukan satu sperma sahaja untuk menghasilkan satu bayi,  perjalanan sperma dari faraj ke salur fallopian adalah sangat jauh dan berliku menyebabkan berjuta juta sperma mati sebelum sempat sampai kerahim. Dari beratus juta cuma ratusan sperma sahaja yang akhirnya sampai ke saluran fallopian dan cuma satu sperma yang paling sihat dan kuat sahaja yang boleh menembusi dinding telur yang tebal. Saintis percaya ini adalah sebahagian dari proses semulajadi untuk memastikan sperma yang terbaik dan berkualiti sahaja yang boleh bersenyawa bagi mempastikan kejadian janin yang sihat.

Adakah terdapat amalan atau ubat yang boleh menghasilkan sperma yang sihat?Memang ada. Ia termasuklah

  • Kurangkan merokok
  • Pastikan anda tidak terdedah kepada toksin persekitaran seperti pembunuh serangga dan sebagainya.
  • Kurangkan minuman alkohol.
  • Makan makanan yang sihat dan cuba kurangkan berat badan kalau lemak berlebihan.
  • Sekiranya ada penghidap kencing manis dan sebagainya, pastikan ia dalam keadaan terkawal.
  • Kurangkan pemakaian jeans atau seluar dalam ketat kerana haba yang tinggi pada skrotum menyebabkan pengeluaran sperma menjadi kurang.

Apa yang kita boleh ketahui melalui analisa air mani?

Analisa air mani adalah salah satu ujian kerap dibuat untuk menentukan punca kenapa pasangan gagal hamil. Kajian menunjukkan 40% dari sebab infertility berpunca dari air mani yang tidak normal. Selalunya air mani di kumpul didalam bekas plastik selepas mastubasi  dan pemeriksaan dibawah mikroskop akan dibuat ½ -1 jam kemudian.
  • Jumlah dan kepekatan air mani: Isipadu normal adalah diantara 2-6 mls atau lebih kurang 1 sudu kecil. Terlalu sedikit menunjukkan sperma yang tidak cukup dan terlalu banyak pula adalah tanda ia terlalu cair dan kepekatan sperma yang kurang. Air mani selalunya berketul sebaik sahaja dikeluarkan dan menjadi cair selepas 15 min. Air mani yang tidak menjadi cair dan masih berketul menyebabkan sperma sukar bergerak dan perjalanan sperma ke rahim sukar berlaku.
  • Kepekatan Sperma. Ia adalah bilangan sperma dalam setiap 1 mL air mani. 20 juta sperma atau lebih dalam satu mL adalah normal.
  • Pergerakkan Sperma. Ini adalah peratus sperma yang bergerak dan cara pergerakkannya. Selepas 1 jam, 50% daripada sperma sepatutnya sudah dapat bergerak dalam garisan lurus.
  • Bentuk Sperma. Analisa rupa, saiz, dan tentang kecacatan sperma. Sebagai contoh berkepala dua, putus ekor dan sebagainya.

Adalah lelaki akan berhenti mengeluarkan sperma selepas lanjut usia. ?

Berbeza dengan kaum wanita dimana kesuburan berhenti selepas menopos. Lelaki akan tetap menghasilkan sperma walaupun sudah lanjut usia walaupun mungkin produksi sperma menjadi lebih kurang dari usia muda.

Untuk memastikan sperma anda sihat dan berkualiti, mommy sarankan untuk mengamalkan Zink Shaklee & Vitamin E Shaklee.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Sunday, May 4, 2014

CARA KIRA WAKTU SUBUR

Kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi.
Namun ada kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.
Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi atau saat wanita sedang subur. Apabila sperma suami dipancut ke dalam rahim, ia akan berenang ke arah ovum (telur) si isteri.
Hamil adalah saat di mana berlakunya persenyawaan antara telur dan sperma dalam rahim wanita sampai tempoh matang sembilan bulan untuk melahirkan seorang bayi.
Kekecewaan akibat kegagalan hamil ada kalanya menimbulkan tekanan yang mendalam kepada pasangan suami isteri.
Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan  mereka sukar untuk hamil bermula daripada masalah kesuburan, tahap psikologi, ketidakstabilan hormon dan lain-lain.
Namun ada kalanya kehamilan tidak berjaya kerana mereka melakukan hubungan seksual pada masa yang tidak tepat. Pasangan tidak mengetahui, bila waktu subur wanita sehingga kesempatan untuk terjadi ovulasi semakin besar.
Mengetahui waktu subur sangat besar ertinya bagi mereka yang ingin hamil dan bagi yang ingin menunda kehamilan. Bagi yang menginginkan kehamilan, masa subur boleh dijadikan panduan untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar.
Sedangkan bagi yang mahu menunda kehamilan, masa subur merupakan masa yang harus dielakkan daripada melakukan hubungan seksual untuk mencegah terjadinya kehamilan.
Banyak cara dan kaedah yang dapat digunakan untuk mengetahui bila waktu subur tersebut, iaitu:
Sistem kalendar
Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.
Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.
Penggunaan alat
Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur.  Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.
Cedit: Pama
Mommy juga pernah berkongsi petua untuk cepat hamil. Sila klik di sini untuk ke entri tersebut.
Juga untuk meningkatkan kesuburan kedua-dua suami dan isteri, boleh lah cuba mengambil vitamin pelengkap Shaklee.

SUAMI - Zinc Shaklee & Vitamin E Complex

ISTERI - GLA Shaklee & Alfalfa 



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, July 22, 2013

HANGATKAN ASMARA SUAMI ISTERI

Memiliki anak memang menyeronokkan. Sibuk menguruskan si kecil, jangan sampai mengabaikan hubungan intim suami isteri. Tahukah anda hubungan seks yang dilakukan seminggu sekali, dapat membakar lebih daripada 10,000 kilo kalori dalam setahun.

 Wanita yang sudah bergelar ibu kadang kala terlupa kewajipan utama melayan suami. Awas jangan sampai si dia merajuk dan cemburu dengan anak yang terlalu diutamakan. Ayuh, mama semua hangatkan semula hubungan asmara kerana ia kunci kebahagiaan rumah tangga.
 
Panduan untuk terus menyemarakkan hubungan suami isteri:

1.       Senyuman manis

Senyuman yang dilemparkan kepada suami sambil mengucupnya mesra pasti dapat membangkitkan berahi. Bahkan jika anda dan suami tidak sempat melakukan hubungan seks, ciuman hangat dan pelukan erat juga salah satu aksi pra asmara yang dapat mengungkapkan kasih sayang antara kalian.

2.       Hiasi bilik tidur

Bilik tidur adalah rahsia paling utama dalam rumah tangga kerana disitulah bermulanya hubungan asmara suami isteri. Oleh itu pastikan anda menjaga rapi kebersihan bilik tidur. Kerap menukar cadar katil agar bersih dan selesa. Gunakan haruman aroma terapi atau pewangi bilik bagi menyemarakkan lagi rasa berahi.

3.       Tampil seksi dan menggoda

Mengapa mesti malu dengan suami sendiri? Lelaki memang peka pada rangsangan yang bersifat visual. Semua perkara yang dilihat dengan matanya termasuk kecantikan, tubuh seksi si isteri dengan mudah merangsang ghairahnya. Jadi, pastikan anda memakai pakaian yang seksi, menarik dan memakai wangian yang dapat menggoda suami untuk aksi hangat seterusnya.


4. Makan vitamin cinta Shaklee (Vita E Complex)

Peranan vitamin E untuk suami

~lebih tenaga seksual
~ereksi yang lebih lama
~lebih mudah terangsang
~libido yang lebih kuat
~orgasma yang lebih kerap dan bersemangat.

Peranan vitamin E untuk isteri

~lebih tenaga(seksual
~lebih mudah terangsang
~libido lebih kuat
~untuk menstabilkan hormon seks/kewanitaan terutamanya bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin yang tinggi.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.