Assalamualaikum semua..
Sememangnya antara masalah terbesar ibu-ibu yang baru lepas bersalin adalah perut buncit dan menggeleber. Confident level terus down bila tengok perut yang penuh dengan stretch marks dan menggeleberkan..
Ada banyak cara nak kembali ke asal tetapi ibu-ibu perlu beringat, untuk kembali seperti anak dara dengan cepat amatlah mustahil tetapi boleh cuma ianya akan mengambil masa. Paling kurang pun janji tak nampak macam mengandung 5 bulan dah la kan.. Janji anda mesti disiplin dan will power mesti ada. Jom mommy kongsikan tips nak kempiskan perut selepas bersalin.
- Menyusukan bayi sepenuhnya (fully bf)
Rajin-rajinkan menyusu bayi. Bukan sahaja susu ibu mempunyai banyak khasiat dan kebaikan buat bayi ianya juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan yang paling penting menyusu bayi anda akan membakar sebanyak 200-600 kalori sehari.
- Memakai bengkung
Mommy pun agak malas nak pakai bengkung, tetapi ini adalah salah satu tips terpenting, jangan tinggal bengkung anda lagi-lagi masa dalam pantang. Memang berbengkung ni agak leceh dan merimaskan akan tetapi berbengkung akan membantu perut anda kembali kempis. Pastikan juga pemakaian bengkung yang betul jika tak nanti mungkin akan memudaratkan.
- Bertungku dan bertangas
Amalan bertungku dah banyak ibu-ibu bersalin tinggalkan sedangkan kaedah tradisional ini membantu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Apa lagi dengan bertangkas, amalan bertangkas dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan. Paling tidak pun amalkan memakai losyen panas.
- Kawal pemakanan
Sememangnya dalam pantang selera makan mungkin bertambah disebabkan anda menyusu. Tetapi jangan jadikan alasan dan makan mengikut nafsu. Anda tidak perlu berdiet tetapi jangan makan untuk berlebihan. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Lebihkan protein kerana makanan berprotein akan membantu membina semual otot dan membakar lemak.
Anda perlu bersenam untuk mendapatkan perut yang kempis. Jangan bersenam terlalu cepat selepas melahirkan. Dapatkan bantuan jurulatih professional untuk memfokuskan cara-cara senaman untuk mengempiskan perut. Amalkan senaman secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang cepat.
- Postur badan yang betul
Pastikan postur badan yang betul untuk setiap pergerakan harian. Kebanyakan ibu lepas bersalin tidak begitu prihatin dengan postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah akan menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
- Mari detoks
Dengan berdetoks, ianya akan membantu anda mendapatkan perut kempis. Toksin yang berlebihan perlu dikeluarkan. Pastikan anda berdetoks secara konsisten untuk membuang toksin dalam badan terubat di bahagian perut. Shaklee ada produk yang terbaik untuk detoks. Anda boleh mencuba Alfalfa Shaklee atau Herblax Shaklee.
Alfalfa
* Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
* Membantu membuang angin dalam badan.
* Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
* Mencuci usus bagi membuang toksik
* Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
* Melegakan sembelit
Herb-Lax
* Membersihkan najis tersekat
* Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita
* Membantu masalah sembelit
* Mengempiskan perut
Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
CARA JADI AHLI SHAKLEE
CARA JADI AHLI SHAKLEE DENGAN PERCUMA
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
Alfalfa dan herba lax memang sesuai untuk kuruskan badan. Selain anda menggunakan kaedah berpabtang traditional, anda boleh ambil set berpantang shaklee. Untuk info lanjut boleh menghubungi saya.
ReplyDeletepaling penting jaga pemakanan dam pemakaian bengkung terutamanya semasa dalam pantang..saya pun menggunakan alfalfa n herba lax =)
ReplyDeletejom blogwalkingDiariku Ceritaku