Menanti detik melahirkan anak merupakan saat yang mendebarkan bagi bakal ibu. Untuk melancarkan proses kelahiran bayi, sebaiknya ibu mempunyai ilmu dan info tentang perjalanan untuk melahirkan bayi supaya ia lebih mudah.
Tanda tanda ibu hendak melahirkan anak termasuk sakit bersalin, keluar darah dan lendir di permukaaan serviks dan pecah air ketuban.
Sebaik sahaja ibu dimasukkan ke wad, jururawat akan melakukan perkara-perkara berikut:
1.Cardiotocography (CTG) untuk memantau degup jantung fetus.
2.Enema untuk membersihkan usus besar.
3.Pemeriksaan vagina untuk memeriksa bukaan serviks.
4.Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat tiga peringkat proses bersalin:
1.Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomi (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.

3.Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan uri akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.