Dua tiga hari lepas, Darwisya cirit birit. Kesian dia, sampai melecet-lecet. Memang tak tau mana silapnya tapi mommy dah bawak gi jumpa doktor. Since Darwisya makan minum aktif takde letih-letih, doktor tak bagi ubat apa-apa. Cuma ubat sapu untuk yang melecet tu. Doktor suruh jugak monitor, kalau masih tak kurang cirit-biritnya, doktor suggest untuk tukar susu yang soya base. Alhamdullilah, Darwisya dah ok.
Bagi anak-anak lain, tersilap makan terutama di bulan Ramadhan ini mungkin boleh menyebabkan masalah cirit-birit. Ia boleh juga menyerang si kecil yang baharu belajar berpuasa. Kemungkinan makanan yang dibeli di bazaar-bazar Ramadhan ada yang sudah tercemar.
Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit, dia akan membuang air besar yang berair lebih kerap daripada biasa. Selain makan makanan yang tercemar, kemungkinan juga si kecil makan makanan yang terlalu berkhasiat untuknya atau mengandungi lebih serabut daripada yang biasa dimakannya.
Anda juga boleh melakukan penjagaan sendiri di rumah apabila si kecil diserang cirit-birit.
- Pastikan anak minum banyak air. Bancuh minuman glukosa untuknya. Larutkan tiga sudu teh serbuk glukosa dan setengah sudu teh garam dalam 200ml air didih yang sejuk. Anda juga boleh membeli serbuk penghidratan sedia ada di farmasi.
- Berhati-hatilah terhadap kebersihan. Cuci tangan anda selepas menyalin kain lampin bayi anda dan sebelum menyediakan makanannya. Pastikan anak anda sentiasa mencuci tangannya selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
Sekiranya anak anda ada mengalami tanda-tanda seperti cirit-birit selama lebih daripada enam jam, mempunyai darah pada najisnya dan menunjukkan tanda penghidratan, maka segara bawanya berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Doktor akan memeriksa dan menyiasat punca cirit-birit anak dan merawatnya berdasarkan diagnosis tersebut. Sekiranya anak mengalami penghidratan, doktor akan memberikan serbuk penghidratan untuk diminum.
Sekiranya tahap dehidrasinya sangat teruk, anak perlu ditahan di wad hospital untuk diberi cecair tambahan yang diperlukan melalui drip.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment