Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
- Bincang dengan ibu menyusu yang lain.
- Baca buku untuk biasakan diri.
- Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
- Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.
Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.
Sama ada anda memikirkannya atau tidak, badan anda ketika ini sedang bersiap sedia untuk penyusuan badan. Ini adalah salah satu sebab mengapa payudara anda menjadi begitu besar semasa hamil. Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Tetapi saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri.
Adakah saya perlu menjadikan puting saya liat atau apa-apa lagi terlebih dahulu?
Perubahan hormon kepada payudara akibat kehamilan adalah persediaan yang cukup untuk kebanyakan wanita. Baca lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu.
Anda tidak memerlukan krim untuk melembutkan kulit anda terlebih dahulu ataupun memerah kolostrum. Khususnya, jangan gosok atau sental puting anda kerana ini hanya akan mencederakan anda dan menyukarkan penyusuan badan.
Persediaan yang terbaik ialah mendapat sokongan suami serta keluarga dalam keputusan anda untuk menyusukan, supaya anda dan bayi mendapat permulaan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa anda akan menyusu lebih lama jika suami anda juga berpengetahuan tentang penyusuan badan. Baca lebih lanjut mengenai bapa-bapa dan penyusuan badan.
Seperkara lagi yang anda boleh buat untuk menggalakkan penyusuan badan ialah dengan memastikan pakar obstetrik anda serta bidan dan jururawat yang menjaga anda semasa pelahiran dimaklumkan mengenai keinginan anda untuk mendapatkan seberapa banyak sentuhan kulit dengan bayi anda selepas dia dilahirkan.
Persentuhan kulit dengan kulit telah terbukti dapat memanjangkan masa penyusuan. Walaupun anda terpaksa menjalani pembedahan caesarean, dengan sedikit bantuan daripada jururawat, anda masih boleh memegang bayi dan merapatkannya pada kulit anda sejurus selepas dia dilahirkan. Bayi anda mungkin akan mendekatkan diri ke payudara anda dan cuba menyusu, atau dia hanya akan menghidu, menjilat atau menggesel-gesel mukanya pada payudara anda. Semua ini akan membantu memantapkan dan menggalakkan penyusuan badan.
Credit: Baby center
Mommy juga sarankan mengambil vitamin pelengkap Shaklee. Set breastfeeding Shaklee amat sesuai buat ibu menyusu.
Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA & ESP. Klik sini untuk DAPATKANNYA SEKARANG!
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
No comments:
Post a Comment