Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 1, 2014

MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI


Kadang kala ibu jadi keliru bila masuk bab menyediakan makanan untuk bayi yang baharu belajar makan makanan pejal. Kebimbangan sama ada bayi mendapat atau tidak khasiat vitamin yang ada dalam makanan membuatkan ibu membatasi cara penyediaan makanan untuk si manja.
Oleh itu ibu perlu tahu tentang tip mudah tentang bagaimana untuk menyedia dan memberikan makanan untuk bayi agar mereka mendapat khasiat yang diperlukan dengan secukupnya.
Bagi memastikan vitamin yang terkandung dalam makanan bayi terpelihara maka sediakan makanan sebaik sahaja anda memerlukannya. Vitamin C dan setengah daripada vitamin B akan hilang dengan perlahan apabila makanan dipotong, dimasak atau didedahkan kepada udara dan dipuri. Lebih banyak kaedah pemerosesan yang dilakukan terhadap sayur dan buah maka lebih banyak risiko kehilangan khasiat di dalamnya.
Sekiranya anda menyediakan kuantiti makanan yang cukup untuk dua kali hidangan, segera sejukkannya dengan cara menyimpan ke dalam peti sejuk atau penyejuk beku. Penyejukbekuan adalah cara paling baik untuk memelihara vitamin yang ada dalam makanan yang disediakan. Menyejukbeku makanan lembut dalam bekas penyejuk ais atau mangkuk kecil adalah cara baik untuk menyimpannya. Anda hanya perlu mengeluarkan kuantiti yang diperlukan sahaja untuk bayi.
Sekiranya anda memberikan bayi lebihan sayuran dari stok makan malam hari sebelumnya, bayi tidak mendapat sepenuhnya vitamin C yang ada di dalamnya kerana sebahagian daripadanya sudah hilang. Oleh itu berikan bayi anda sedikit buah-buahan untuk menambah keperluan vitamin C yang diperlukan bayi.
Apakah nutrien yang diperlukan?
Adakalanya ibu turut menjadi buntu apakah khasiat nutrien yang sebenarnya diperlukan oleh bayi dalam makanan seharian. Pada peringkat awal pengenalan kepada makanan pejal, biasakan bayi terlebih dahulu dengan pelbagai perisa baharu dalam mulutnya.  Apabila dia sudah biasa dan anda juga dapat mengesan apakah perisa yang paling digemari, baharulah anda boleh memberi fokus kepada keperluan nutriennya pula.

Berikut ialah nutrien penting untuk bayi anda:

Zat besi

Kalsium

Vitamin C

Vitamin A (ini diberi nama beta karotena dalam makanan kategori sayuran)

Asid lemak omega 3

Credit: Pama
Mommy juga pernah berkongsi tentang pemakanan yang sesuai untuk bayi mengikut umur bayi. Boleh klik di sini.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment