Thursday, February 20, 2014

SEMALAM MOMMY DARWISYA, HATI SAYU...

Semalam cukup setahun arwah tok mak meninggalkan kami semua. Sayu hati ni sebab tok mak tak sempat nak tengok Darwisya jalan, lari dan cakap. Tapi semuanya da tertulis dan tersurat. Kami redha dan semoga roh arwah tok mak dicucuri rahmat dan berada digolongan orang-orang beriman. 


Semalam jugak cukup seminggu Darwisya berhenti bf. Bukan mommy sengaja, memang berat hati sangat nak stop tapi atas arahan Doktor Nazri, KPJ Shah Alam mommy akur. Mungkin ini yang terbaik. Alhamdulillah, Darwisya tak susahkan hati mommy. Cuma malam pertama dia struggle skit. 

Doktor advise letak benda pahit atau masam, mommy choose Lemon. Sedih hati ni bila tengok Darwisya mengamuk bila rasa masam. Hanya malam pertama sahaja mommy letak lemon. Malam kedua dah tak letak lagi. Cuma Darwisya masih mengamuk dan marah tapi bila haus sebelum subuh, mommy bancuhkan susu Dugro Fruit and Veg seperti rutin Darwisya di rumah nenek. Dan begitula tiap-tiap pagi rutin mommy sekarang. Now everytime dia tunjuk susu mommy dia cakap PEDAS :)

Punca doktor suruh stop bf, sebab mommy bleeding. Doktor cakap uterus contracts bila bf. Tamatla sudah masa bonding bf mommy dengan Darwisya yang bertahan 1 tahun 7 bulan. Niat dihati minimum nak bf Darwisya 2 tahun tapi dapat setahun 7 bulan pun alhamdulillah. 

Mommy tergerak hati yang mommy pregnant bila tak ingat bila last period. Mommy memang tak keep track period sebab ambil Noriday kononnya tak nak bagi lekat sampai at least Darwisya dah masuk preschool ke.. 

So third week of January 2014 mommy buatla self test guna urine. Beli pregnancy kit tu dah seminggu tapi macam nervous nak tengok 2 line tu kan. Bila test, positive! Tapi second line tu very vague.. Still consider positive kan. 

Hati confuse, sayu, stress dan happy memang takde dalam kamus. Yelah, penatkan tiap-tiap hari makan pil tapi lekat jugak. Dah la pil noriday tu kena makan setiap hari dan masa yang sama. Maybe kat situ la puncanya mommy memang tak pernah miss makan pil tapi terlewat tu memang kemungkinan besar terjadi. Terutamanya bila mommy kerja midnite, selalu lewat makan pil tu.

Mommy tak buat check up until 10 February 2014 lepas subuh tetiba mommy terasa darah mengalir macam first day period. Pelik tapi mommy redha je. Pagi tu mommy pegi Klinik Su Familia, dekat je dengan umah, cerita dekat doktor semua dia cakap mungkin period biasa tapi ambik blood test dulu. Dah dapat result bagi doktor advise next step. 

Doktor tu cakap result malam before klinik dia tutup tapi tiada panggilan telefon pun. Esoknya mommy yang telefon klinik tu, dia cakap confirm mommy pregnant jadi kena scan la tengok apa yang terjadi.

Sampai klinik, scan tapi tak nampak apa-apa, by right dengan result blood test macam mommy dah 8-10 weeks pregnant doktor cakap. Jadi dia refer mommy ke KPJ as request sebab mommy pun ada appointment dengan Doktor Askandar follow up ganglion cyst removal. Jadi sambil menyelam minum airkan orang cakap. Doktor cakap ok if takde simptom yang membimbangkan boleh pergi day after.

Punyala mommy risau balik tu, kenapa pregnant tapi tak nampak sac. Dan bermulalah bergoogle sana sini. Consult dengan kawan-kawan termasuklah Doktor Liza (kawan masa duduk Doha dulu). Masa tu ingat ectopic la, miscarriage la, macam-macam la. 

Jadi tibalah hari appointment dengan Doktor Nazri, dia baca referral letter tanya skit dan terus scan sebab dah inform nurse dia tadi memang dah nak terkucil sangat tapi since nak scan mommy tahan jugak. Scan terus alhamdulillah nampak terus sac dan heart beat baby. Tersangatlah aktif pusing sana pusing sini dan nampak tangan dia pun. Rasa risau hilang dan terus lega. Doktor kira-kira its about 10weeks dan EDD 7 Sept 2014. Sorry pic blur, amik gambar guna hp murah.



Tu yang dia advise to stop bf Darwisya since mommy bleeding. Dia bagi medication dan suruh start Folic acid. 

Bermula perjalanan preggy mommy Darwisya mengambil Vitalea, B Compleks, Ostematrik dan Vitamin C. Bila habis first trimester, mommy akan start on Omega Guard & ESP. Doakan semuanya berjalan lancar buat mommy ye. 

Till next post! xoxo

No comments:

Post a Comment