Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 25, 2014

PETUA BAYI TIDUR LENA


Rengekan bayi ketika tidur tanda dia tidak tidur lena. Ia sangat meresahkan ibu dan ayah. Ini memang perkara biasa yang sering berlaku dalam kalangan bayi baru lahir. Sudah puas didodoi dan didukung untuk memastikan tidurnya lena, tetapi tidak sampai lima minit diletakkan bayi sudah terjaga.

Pening kepala ibu yang turut memerlukan rehat untuk memastikan si kecil tidur lena. Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi tidur lena.

  1. Elakkan hubungan mata
Sebenarnya hubungan mata ke mata antara anda dengan bayi akan menyukarkan proses dia tidur lena. Oleh itu elakkan membuat hubungan mata ketika anda sedang mendukung dan mendodoia untuk menidurkannya. Hubungan mata hanya akan membuatkan si kecil menahan ngantuk dan meragam seterusnya menangis.
  1. Mandikan
Keselesaan memainkan peranan penting untuk membolehkan bayi tidur lena. Badan berpeluh, lampin basah hanya akan membuatkan bayi tidak selesa dan sukar tidur. Oleh itu bersihkan badannya dengan mandikan sedikit supaya dia lebih selesa dan tenang untuk tidur.
  1. Susukan dahulu
Kebiasaan seorang bayi atau kanak-kanak untuk mengenyangkan perutnya dengan susu bagi membantunya tidur lena. Oleh itu pastikan anda sudah menyusukannya supaya dia mudah tidur lena.
  1. Sentuhan ibu
Sentuhan dan belaian membantu bayi untuk melelapkan mata dengan mudah. Bau badan ibu dan sentuhan kulit ke kulit membantunya tidur lena.
  1. Menentukan waktu

Anda boleh mula mendisiplinkan bayi dengan rutin waktu tidur. Tetapkan masa tidurnya yang sama setiap hari. Pastikan anda melakukan aktiviti bersamanya sebelum itu seperti bergurau senda, berborak dan sebagainya supaya dia mudah berasa letih dan mengantuk sebaik tiba masa tidurnya.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment