Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 12, 2013

KHASIAT LUAR BIASA TIMUN

Timun popular sebagai ulam-ulaman atau alat bantu rawatan kecantikan wanita. Selain daripada itu ia kurang mendapat sambutan. 

Tentu anda biasa melihat wanita meletakkan timun di mata mereka sebagai rawatan kecantikan. Timun dikatakan mampu mengurangkan lingkaran mata bengkak.

Tahukah anda, fotokimia dalam timun menjadikan kolagen dalam kulit anda semakin mengetat, serta mengurangkan bengkak pada mata.

Tahukah anda bahawa anda boleh menggosok timun di bahagian yang mempunyai masalah selulit di tubuh badan anda untuk mengurangkannya?

Malahan ia juga memberi kesan yang sama pada kedutan? Wow, menariknya timun dengan harga yang murah mampu memberi kesan yang sama seperti krim yang mahal harganya.

Bahkan, anda boleh menyapu sedikit timun di bawah mata anak yang menangis dalam tempoh masa yang lama bagi mengelakkan bengkak. 

Credit: Pama

No comments:

Post a Comment