Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 21, 2013

Tips perlu dielakkan semasa hamil

Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu. 


* Lipstik - Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin. 

* Krim pemutih - Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin. 

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti. 


* Pewarna rambut – Anda gemar  bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan. 


* Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

Sumber: PAMA


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment