Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

AMALAN IBU MENGANDUNG

Ibu Imam Syafie ketika mengandungkan Imam Syafie, sentiasa membaca al-Quran.

Sewaktu membaca, ibunya menyeru anak di dalam kandungannya agar memahami apa yang dibacanya.
Sebab itu, tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal al-Quran 30 Juzu' sejak berusia 7 tahun kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.

Dalam buku "Amalan-Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata" susunan Ustaz Haji Taib Azamudden Md. Taib dan Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukur (halaman 13), menyebut bahawa Imam Syafie semasa di dalam kandungan ibunya, ibunya sentiasa membaca surah al-Fatihah dan surah Yaasin.

Antara surah-surah yang digalakkan membaca ketika mengandung ialah :

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati

2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati

6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Wallahu a'lam.

Credit: motherhood

No comments:

Post a Comment