Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

KHASIAT BUAH NAGA


Buah naga kelihatan agak pelik rupanya bagi yang tidak biasa makan. Warnanya yang keunguan akan meninggalkan kesan pada tangan dan mulut sebaik menikmatinya. Tetapi terdapat dua jenis buah naga iaitu berwarna ungu dan putih. Bagaimanapun ia tidak menjadi hal kerana rasanya yang masam manis.

Lupakan bentuk fizikalnya kerana yang penting khasiatnya buah naga sangat banyak terutama kepada ibu hamil. Buah ini mengandungi banyak vitamin C, serat, folate dan karotenoid di mana zat-zat tersebut sangat bermanfaat bagi wanita hamil.
Folate membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah dan membantu mencegah kelahiran bayi cacat. Selain daripada itu, buah ini juga mengandungi karbohidrat baik bagi wanita hamil kerana wanita hamil sering kali malas makan dan lebih suka mengudap.

Adanya kandungan kalsium, zat besi dan kalium berguna meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit yang sering menyerang ibu hamil.

Vitamin B1 yang terkandung dalam buah naga membantu pertumbuhan janin dalam rahim dan melancarkan sistem penghadaman. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan ibu hamil keletihan, gangguan sistem penghadaman.

Jangan lepaskan khasiat buah naga namun sekiranya tidak gemar menikmatinya secara mentah, anda boleh kupas kulitnya, potong kecil isinya. Kemudian masukkan susu rendah lemah dan ais. Pasti enak dinikmati dalam cuaca panas.

Credit: pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



No comments:

Post a Comment