Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 6, 2014

PERANAN SUAMI BILA ISTERI BERPANTANG

Selesai tempoh sembilan bulan membawa perut yang besar, ibu akan melalui proses bersalin dan seterusnya menjalani tempoh berpantang yang bertujuan untuk merawat kembali segala luka yang dialami sepanjang proses melahirkan anak.
Apa pula peranan suami ketika isteri menjalani tempoh berpantang? Bagi suami yang baharu pertama kali menerima kehadiran anak tentu sahaja agak kalut menghadapi situasi isteri berpantang. Justeru, sebaiknya buat persediaan dengan bertanyakan pengalaman orang lain atau pun membaca info tentang perkara itu.
Untuk makluman, keadaan isteri anda selepas bersalin adalah tersangat lemah fizikal dan mentalnya. Bayangkan proses melahirkan anak memerlukan dia mengeluarkan semua tenaga yang ada, sudah tentu keletihan yang akan dilalui selepas itu sangat berganda.
Bahkan wanita selepas bersalin terkenal mempunyai hormon post partum blues atau dalam bahasa mudahnya masalah meroyan. Jika menghadapi tekanan dan kurang mendapat sokongan daripada keluarga dan suami terutamanya maka mudahlah wanita selepas bersalin diserang masalah meroyan.
Kesakitan yang dialami di bahagian jahitan sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan membuatkan ibu berasa tidak selesa. Ditambah pula dengan masalah kurang tidur kerana bayi meragam asyik menangis di tengah malam. Semua itu perlu diharungi oleh ibu apatah lagi sekiranya melalui tempoh berpantang di kampung dan perlu berjauhan dengan suami yang bekerja.
Ketika ini apa yang diperlukan oleh si isteri adalah sokongan dan perhatian daripada suami. Walaupun anda perlu berjauhan daripada isteri yang berpantang di kampung halaman, ia bukan halangan untuk sentiasa berada di sisi isteri.
Sentiasa hubungi isteri anda dan bertanyakan khabar dirinya. Perhatian dan sikap prihatin anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya. Sekiranya isteri berpantang di rumah sendiri, suami hendaklah ringan tulang membantu pelbagai urusan rumah tangga dan penjagaan ibu dan bayi. 
Credit: Pama
Dengan mengambil supplement shaklee, semestinya isteri dapat kembali pulih dengan sedia kala. Set berpantang basic shaklee pastinya pilihan suami buat si isteri.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment