Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 26, 2013

IBADAH WANITA DALAM HAID

Pada 10 malam terakhir, Rasulullah SAW lazimnya beriktikaf di masjid, memberi fokus kepada ibadah sahaja. Bahkan isteri baginda menerangkan pada 10 malam terakhir itu, baginda "mengikat kainnya dengan ketat", satu kiasan bahawa baginda tidak melakukan hubungan seks dengan isteri-isteri baginda pada 10 malam terakhir itu.

 

Oleh itu kita umat Islam dianjurkan mengikuti sunnah ini kerana pada 10 malam terakhir inilah wujudnya malam Lailatul Qadar, satu malam yang kebaikannya bersamaan 1000 malam.

Bagi muslimat yang mengalami haid atau nifas, apa yang disepakati oleh para ulama' ialah tidak boleh bersolat dan berpuasa.
 

Namun mereka berbeza pendapat tentang memegang dan membaca al-Qur'an. Pendapat yang lebih kuat ialah boleh memegang dan membaca al-Qur'an seperti biasa.

Selain itu, boleh memperbanyakkan zikir pada 10 malam terakhir ini. Hanya, pasti zikir-zikir tersebut merupakan sesuatu yang secara sahih diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Tidak ketinggalan, perbanyakkan doa kepada Allah. Tidak ada perbezaan pendapat bahawa wanita yang sedang haid dan nifas boleh berzikir dan berdoa seperti biasa kepada Allah.

Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah, penulis buku agama dan blog.

No comments:

Post a Comment