Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 31, 2013

TIPS MINUM 2-4 LITER AIR DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.. 


Bagi pelanggan dan pengamal supplement Shaklee, saya percaya anda semua sudah tahu tentang kepentingan pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari.

Perkara ini lebih saya tekankan jika pelanggan saya mengambil set penyusuan. Jika hari biasa, perkara tersebut tidak menjadi masalah besar.

Namun jika berpuasa memang agak sukar untuk mencapai sasaran 2 - 4 liter tersebut disebabkan waktu yang dibolehkan untuk makan dan minum agak terbatas.

Justeru berikut saya kongsikan beberapa tips dan panduan tentang bagaimana anda boleh minum dan habiskan air di antara 2-4 liter sehari dengan mudah di bulan Ramadhan nanti. 

  • Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
  • Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
  • Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga di waktu malam, minumlah sedikit. 
  • Semasa bangun sahur jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih.
  • Minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib? Pentingnya tertiba kerana jika anda tidak tertib maka anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas bersahur!


# Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula.# Jangan minum berdiri.


Credit : Mama Little Jannah & Being Mary


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua bersempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment