Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 21, 2013

JOM DETOX CARA NATURAL

Risau dengan badan yang bagai dipam-pam selepas bersalin? Nak ambil produk kuruskan badan, bimbang pula memberi kesan kepada susu badan. Dalam masa yang sama mata sudah tidak tahan dengan badan sendiri. Apa kata cuba cara semula jadi. Ia selamat dan mudah dilakukan.


1-Minum air dalam jumlah yang banyak- Air adalah penyembuh kepada banyak penyakit. Saranan meminum dua liter air sehari membantu menyingkirkan ‘longgokan’ toksin di dalam badan.

2-Hadkan pengambilan bahan kimia -Dalam tempoh detoks ini, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan sebarang bentuk yang mengandungi bahan kimia terutama ubat penahan sakit yang akan memberikan impak negatif kepada hati.

3-Elakkan makanan berproses -Makanan yang berproses sudah tentu mengandungi pengawet, perasa dan pewarna yang  akan mengganggu proses nyah toksin yang sedang dijalankan.


4-Hadkan kafein-hadkan pengambilan makanan atau minuman tidak melebihi 250mg sehari.

5-Hindari makanan bergula  -elakkan mengambil gula berproses kerana ia melambatkan proses detoks.


6-Bersenam-Jangan lupa untuk bersenam. Melalui senaman yang dilakukan secara berkala, anda boleh mengeluarkan toksin menerusi peluh.

7-Banyak memakan sayur-sayuran –ambil sajian sayur-sayuran yang mampu menghambat toksin dalam badan. Sayur seperti brokoli, tauge, dan bunga kubis serta bawang besar elok diamalkan dalam tempoh detoksifikasi ini.

8-Makanan berserat tinggi- Makanan berserat jangan dilupakan. Anda boleh mengambil oat, beras perang sebagai menggantikan nasi putih, mi atau pasta.




9-Buah-buahan dan kekacang-gantikan kudapan anda yang berminyak  dan kurang sihat itu dengan buah-buahan segar. Jika bosan mengunyahnya, anda boleh mengisar buah-buahan tersebut menjadi jus tetapi jangan menambah gula di dalamnya sebagai pemanis.

10-Minuman sihat-selain air kosong, anda juga boleh meminum teh hijau, susu, air kelapa, air yang di campur perahan lemon dalam kuantiti yang sederhana. 

Credit: Pama
Atau kalau nak cuba cara shaklee, boleh dapatkan set super detox yang mengandungi supplement Alfalfa, Garlic & DTX Complex. 

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment