Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 17, 2013

PUASA, KERJA & HAMIL


Bekerja semasa hamil adalah perkara yang memang sukar dilakukan. Berpuasa, bekerja dan hamil pada masa yang sama tentu sekali lebih sukar! 

Tidak makan atau minum untuk waktu yang lama akan menyebabkan anda berasa letih atau tidak sihat, jadi jagalah diri anda. Jika anda mahu berpuasa dan juga bekerja, lakukannya dengan berhati-hati dan awasi keadaan anda. 

Jika anda tidak sihat, pening atau rasa seperti hendak pitam, kabur penglihatan atau mengalami simptom-simptom lain yang membimbangkan, berbukalah dan jumpalah doktor anda dengan segera. 

Jika anda berpuasa, anda perlu lebih berhati-hati apabila menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan stress. Faktor seperti perubahan dalam rutin, kurang makan dan minum, serta makan dan minum pada masa berbeza boleh menyebabkan stres.

Jika ditambah dengan tekanan kerja, ini boleh menyebabkan stres yang serius. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang berpuasa semasa hamil mempunyai jumlah hormon kortisol (hormon tekanan) yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa semasa hamil. 

Cuba elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh membuat anda berasa panas atau dahaga dan boleh menyebabkan anda ternyahhidrat

Pastikan aktiviti harian anda tidak begitu giat dan berehatlah secukupnya. 

Disemak oleh Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy, konsultan kanan di Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan profesor dalam bidang obstetrik dan ginekologi di universiti tersebut. 

Credit: Babycenter

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment